sudah lama rasanya aku tidak menulis di blog aku ini. mungkin kerana tiada mood. mungkin juga malas. apa-apa sahaja. tetapi sekarang aku ingin bercerita tentang hari raya ku. ia telah disambut dengan sungguh moderate dan bahagia dan juga seronok dan juga kelakar. mengapa moderate? kerana baju melayuku merupakah baju melayu yang tahun lepas, mengapa? kerana aku jarang-jarang kala memakainya. masih elok. mengapa mahu beli baru?
okay. hari pertama disambut di kampung halamanku di kota tampan. pada pagi raya. aku bangun sedikit lewat kerana aku tidak boleh tidur dimalam hari tadi. aku berpikiran perlbagai-bagaian benda. itu perkara biasa bagiku. walaupun sudah 52 tahun merdeka, tetap berlaku masalah perairan di rumah nenekku. begitu lah perkara yang berlaku setiap tahun hari raya. mungkin kerana ketua kampung terlalu busy. selepas mandi pada pagi itu, aku berasa weird, kerana aku tidak lagi berpuasa seperti hari-hari sebelumnya. ketika aku bersarapan, aku tersenyih panjang melihat telatah sepupu-sepupuku bersiap untuk ke surau. mungkin kerana excited ingin mengenakan pakaian baru hari raya, mungkin. sebelum bertolak menaiki motokar, aku mengabil beberapa snap gambar rumah dan gambar sendiriku. sebanyak kelainan pada tahun ini kerana aku beraya dengan rambutku yang asli.
kami bertolak ke surau dan apabila sudah selelsai. aku mengenakan diriku mendengar khutbah hari raya. aku tunduk keinsafan. selepas itu, menikmati juadah yang disediakan di surau sambil memerhatikan orang-orang kampung yang merokok dalam kumpulan mereka tersendiri. aku bersama adikku yang tidak tahu menahu orang di dalam itu cuma kaku melihat mereka yang rakus bersembang.
setelah mengisi perut, aku bergerak ke rumah mak teh, katanya ada kenduri arwah, katanya juga, sate kajang, tidak ku sangka memakan sate kajang bukan di kajang, tetapi di kota tampan. tidak mengapa. rezeki mesti tidak ditolak. aku bergerak kesana bersama famili dan saudara-mara. suasana kurang meriah kerana belum dihadiri sepenuhnya. aku duduk sambil menikmati air ribena dan mengganggu adikku. beliau tidak menyukainya.
aku menonton telatah orang kampung yang menghisap rokok. ada seorang pak cik mempromosikan penapis cigar yang katanya boleh menapis candu, katanya asap yang dihisap adalah asap kosong. agak kelakar. mengapa? mengapa menghisap rokok tanpa candu. di mana keasyikannya? katanya lagi, boleh digunakan 4 kali sahaja. dan selepas itu harus dibuang dan ditukar baru. ujarnya lagi, dia memiliki penapis cigar yang lebih expensive dan lebih feel untuk digunakan dan boleh digunakan 7x sahaja dan ia lebih baik daripada yang sebelumnya. aku melihat telatahnya yang kelakar bagiku. dia memberitahu tentang pencucuh api rokoknya yang telah digunakan 3 tahun. dia bangga. selepas itu, rakannya meminta salah dua daripada kedua-dua penapis cigar tersebut. dia memberikannya. dia membilang bahawa perkara tersebut boleh dibeli di kedai-kedai mamak atau kedai rokok. ujarnya lagi seven eleven juga menjualnya. aku tersenyum sinis. salah satu rakannya yang lain, yang berada dihadapanku memohon meminjam pencucuh apinya. dia memberikannya dengan tangan kanan sambil mengepit rokok yang abunya tidak dibuang yang sepanjang satu inci. tidak bernasib baiknya, pencucuh cigarnya yang 3 tahun tersebut jatuh ke dalam container sup sedap kenduri tersebut. aku tersenyum lagi. mengapa memberikan pencucuh betul-betul diatas sup? aku tidak mengerti.
selepas itu, aku pulang kerumah dengan berjalan kaki. bapaku asyik bersembang. aku tidak mengganggunya. pulanglah aku bersama adikku. kami bersembang. kami membesar. dia kelainan.
setelah sampai aku berasa penat, tummyku sarat dengan sate kajang yang kurang masak. sedap. kerana jus dagingnya yang manis. aku berasa penat. dan mengantuk. aku bergambar bersama adik-adik dan famili. aku seronok. aku melayan saudara mara yang kurang ku kenali yang datang ke rumah. mereka mengatakan aku negro. aku afro. aku asli. aku artis. aku hafiz. aku andre. aku terima. tidak mengapa. forgiven. kadang-kadang juga, aku dijadikan bahan. tidak mengapa. aku tiada kisah.
apabila malam, kami bergerak ke pihak nenek yang sebelah pula. kampung berdekatan. tidak seperti famili lain. sebelum sampai ke rumah nenek, singgah di rumah saudara tadi, mereka menjamu nasi ayam. kami langkah kanan. gembira. aku makan lagi. nasi ayam pula. kata kakak itu, dia membuka kedai nasi ayam di mid valley. itu bagus. bolehlah aku makan di sana apabila kesana. alhamdulillah, murah rezeki. mereka tinggal di kl. dekat dengan rumahku. namun tiada diketahuiku kerana tidak mengenali mereka. mereka baik. bolehlah aku berkunjung ke rumah mereka di masa terluang. ingin juga aku bersama saudara-maraku. asyik bersama rakan-rakan yang sama menimbulkan kebosanan. kami bertukar-tukar nombor telefon bimbit.
setelah sampai, aku makan sate lagi, dibeli oleh mak long. sate lagi. tidak dijangka. setelah kenyang, aku tidur.
baiklah. sampai disini sahaja. aku akan menulis lagi dilain kali. selamat tinggal.
espresso coffee machine
2 years ago
No comments:
Post a Comment