1. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
2.Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
3.Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
4.Tahukah anda cicak memutuskan
ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya
lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
5.Tahukan anda bahawa seorang manusia
normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
6.Tahukah anda burung dapat pulang ke
sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas.
Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
7.Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
8.Tahukah anda gunung berapi yang
berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
9.Tahukah anda orang yang tidak pernah
kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
10.Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan
sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
aku memula pcaye y air sirap 2, tp dah bc abis psl air sirap rase tempeleng diri sendiri je..huhuhu... XD
ReplyDelete