Monday, May 10, 2010

Punk Tulen LAWAN Punk Tiruan

JANGAN GELAK! NI SERIUS NI BEB!!!



PUNK TULEN LAWAN PUNK TIRUAN | Harian Metro – Sunday December 11th 2005
Oleh ZAINUDDIN ZAIN dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Selain gejala Black Metal, pengikut aliran punk dikesan berkembang subur di kalangan remaja Melayu negara ini dengan fahaman dan perlakuan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai masyarakat.

Seorang pengikut aliran punk sejak 14 tahun lalu mengakui fahaman budaya Barat itu bertentangan dengan ajaran Islam, boleh mengancam keselamatan dan mencetuskan kekacauan.

“Ada banyak kumpulan punk di negara ini seperti ‘Punk Rock’, ‘Hardcore Punk’, ‘Chaos Punk’, ‘Pop Punk’, Punk Hop’, ‘Skaters Punk’ dan ‘Metal Punk’, dengan 5,000 hingga 6,000 pengikut di Lembah Klang saja.

“Kalau dicampur pengikut punk di negeri lain seperti Melaka dan Kelantan, mungkin jumlahnya mencecah 10,000 orang,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Hasharinaz, 22.

Namun, dia mendakwa majoriti pengikut punk terbabit tidak faham falsafah punk sebenar dan golongan digelar ‘posers’ (peniru) itu suka menonjolkan diri di khalayak ramai bagi menarik minat pengikut baru.

“Saya pengikut punk tulen yang melepaskan perasaan hanya menerusi muzik. Ia untuk keamanan, bukan keganasan seperti diamalkan ‘posers’. Punk menentang arak, seks bebas dan rokok.

“Namun, ada ‘posers’ terlalu taksub dengan fahaman kumpulan punk luar negara, terutama ‘Nazi Punk’ dari Jerman yang menolak kepercayaan beragama, sama seperti pengikut fanatik Black Metal.

“Malah, ada ‘posers’ menjalankan upacara korban seperti membawa kepala kambing hitam ke hutan dan mengadakan upacara memuja syaitan. Merekalah yang menimbulkan masalah kerana terpesong daripada fahaman punk tulen,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan Daerah Bukit Bintang, Roslan Dahaman, berkata pengaruh budaya punk di kalangan remaja negara ini kian membimbangkan.

“Isu ini kian berat dan semakin lama semakin ‘panas’. Pengikut semakin bertambah dan perlakuan mereka membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata, kawasan Bukit Bintang di sini dikenali lokasi utama pengikut punk berkumpul dan melakukan pelbagai perkara tidak bermoral, terutama malam hujung minggu.

“Sesiapa yang sering mengunjungi Bukit Bintang pasti bersetuju dengan saya. Ada pengikut punk minum arak dan melempar botolnya sesuka hati serta membuat maksiat di khalayak ramai,” katanya.

Sementara itu, pemantauan Metro Ahad di sebuah laman web untuk pengikut punk mendapati, pengikut yang mendakwa mengamalkan fahaman punk sebenar sanggup mempertahankannya daripada pupus dan mahu ia terus subur di negara ini.

Ini terbukti apabila ada pengikut punk mengirimkan artikel menggunakan tajuk ‘Punk Not Junk’ (punk bukan sampah) yang bersedia menerima walau sehebat mana sekalipun tentangan daripada pelbagai pihak.

“Walau bagaimana hebat sekalipun tentangan diberikan terhadap golongan punk, yang pasti budaya punk tidak akan pupus. Ia tetap wujud sampai bila-bila,” kata pengirim artikel menggunakan nama Along.

Dalam pada itu, kebanyakan pengunjung laman web ini mendakwa pengikut punk tulen yang pada dasarnya taksub dengan fahaman punk.

Kebanyakan artikel mengagungkan fahaman punk sehingga menganggap ia cara hidup.

Selain ruangan khas untuk pelbagai artikel, laman web yang kononnya diwujudkan bagi memperbetulkan tanggapan masyarakat terhadap pengikut punk sebenar, selain menyebarkan pengaruh punk sebenar itu, turut menghimpunkan pelbagai jenis gambar pengikut punk.

No comments:

Post a Comment