Tuesday, October 13, 2009

Tarian Poco-Poco amalam Agama Kristian?


Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Admin ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina. Cuma lagu sahaja yang berasal dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg beragama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk 'SALIB'.


Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana ia menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama-sama fikirkan.
Tidakkah kita terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Semoga isu ini mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal-usul dan kesannya kepada akidah umat Islam seterusnya mengeluarkan fatwa berhubung tarian ini,agar umat Islam tidak terus berada dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini. Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment