Monday, August 31, 2009

Merdeka Merdeka Merdeka

Selamat Hari Jadi Malaysiaku! Sudah 52 tahun usiamu.

merdeka, merdeka, apa yang aku tau pasal merdeka? adakah merdeka tu hanya cuti umum atau sejarah ? oh.. tidak sama sekali.. bagi aku.. merdeka adalah merdeka dari belenggu masalah-masalah peribadi dan menikmati kejayaan sepenuhnya tanpa kongkongan orang lain..

apa yang aku buat tahun ni.. --tak buat apa2. :( aku bertungkus lumus siapkan website ayah aku di atas kerusi dalam bilik ni.. nak ajak member keluar --takot.. takot apa-apa terjadi..

maybe esok pergi tengok parade kat bukit jalil or dataran merdeka.. jom2.. ;P

okla.. till then, salam :P

btw, apakah makna merdeka bagi diri anda? tuliskan dalam comment dibawah..

Saturday, August 29, 2009

Broadband

yay.. aku dah beli broadband modem.. boleh online selalu.. hm.. aku plih pakej maxis.. just rm58 sebulan.. besh.. sekarang ni tak perlu la aku terhegeh-hegeh pergi online kat mc'd .. :P

lepas pergi beli modem tu, aku pergi pulak bazar ramadhan kat taman melawati.. first time pergi sana.. dekat la dengan zoo negera.. tak sangka jauh dari kl.. tak kalau ikut wangsa maju..

kat sana tu, bazar ramadhan tak la besar sangat, tapi boleh la nak tengok keadaan.. ramai orang.. jalan sempit cm kat kaki lima.. bergeser la dengan orang.. tak kira besar atau kecik..

persamaan dengan kg baru.. terlalu banyak roti john kat sini jugak.. :D

Wednesday, August 26, 2009

Panas Panas Nokia N86 8MP

hm hari ni aku nak kongsi pasal satu handphone nokia. phone nokia ni sekarang memang nombor satu dalam carta. mana tak? camera 8 mega pixels. harganya pun agak mahal la.. korang boleh survery kat low yatt kalau nak tau.. kalau korang nak tau, once korang beli phone ni korang dapat 8gb internal memorynya..



ok kat sini aku nak kongsi pasal spesifikasi nokia86 8mp..

  • Video resolution

    640x480 at 30fps
  • Wi-Fi

    Yes
  • Dimensions

    103.4x51.4x16.5mm
  • Operating system

    Symbian S60
  • Talktime

    4.5hrs
  • Number of cameras

    2
  • Supported music formats

    MP3, AAC, AAC+, eAAC+, WMA
  • Optical zoom rating

    N/A
  • Storage

    8GB internal memory
  • Bluetooth

    Yes
  • Weight

    149g
  • Memory card slots

    Yes
  • Standby time

    363hrs
  • Main camera resolution

    8MP with autofocus
  • Dedicated MP3 player software

    Yes
  • Xenon flash

    No
  • Screen resolution

    320x240
  • Memory card type

    microSD
  • Digital TV tuner/s

    No
  • FM radio

    Yes

  • apa komen anda pasal phone ni?

    come on, write it down below..

    Tuesday, August 25, 2009

    Bazaar Ramadhan

    hm.. dah raya ketiga harini.. semalam aku pergi bazaar ramadhan kg baru.. dh lama tak pergi.. tahun ni lain sikit.. sebab bazzaar ramadhan dh makin panjang.. kalau dulu jalan raja alang penuh sampai ke chow kit.. tapi tak untuk tahun ni.. mcm biasa.. aku pergi dengan member baru aku.. hm.. rndukan suasana sesak kg baru.. sesak dengan macam2. perlbagai orang.. wanita.. lelaki.. haha..

    ntah kenapa la tahun ni yang paling banyak aku nampak roti john dengan air tebu.. ap yang best sangat dengan roti john.. aku tak suka sangat.. sebab keras.. dorang kedekut telor.. tarok telor skit je.. tarok la lebih skit. baru aku suka makan.. :D

    aku pn belila makanan yang aku tak pernah try.. nama apa pun aku tak tau.. men pick up je.. pastu beli.. hm..

    hari ini aku tak boleh tidor .. macam2 aku pkirin.. pasal macam2.. ntah la nape.. hyperactive kot.. dh la aku bgn sahor pn lambat.. tingal 10 minit je dh nak syuruk.. aku pn cepat2 masak maggi goreng express.. nak kuar ofkos la tak sempat.. alhamdulillah.. dengan air masak boleh kot bertahan sepanjang hari..

    okay la.. till then..

    Sunday, August 23, 2009

    My Business - ads4bucks

    Tadi baru seorang member baru aku join bisness aku.. bisness apa? ads4bucks.. aku dh lama tak pergi office ads4bucks.. last time aku pergi dengan upline aku.. aku duduk je dalam kereta diam2. cuma ingat sikit2 jalan nak kesana. dorang memang excited nak ajak aku buat benda ni. bila aku dah join. pulak dorang diam je. konon2 busy. it's okay. tak pe. aku pon x ske menharap orang sangat. aku dh boleh wat sendiri. lupakan la dorang.

    ha.. member ni dak damansara.. boleh la nanti dia tolong kembangkan bisness ni.. dia ni lagi excited dari aku. call aku tnya mcm2. bagus la dia dah join. dpt la skit bonus.

    nak tahu lagi.. usha kat cni.. http://www.ads4bucksnetworking.blogspot.com :P

    Menara KL - Bukit Nanas

    Semalam aku dengan member baru aku pergi ke bukit nanas, first time pergi sana since last time aku pergi dengan lawatan sekolah. dah lama nak pergi sana. but x da member yang sporting yang boleh ajak. wah2. beshnye. sampai sana lepas hujan renyai2. then. kami makan koci sama2. sambil tengok permandangan kl yang agak terbatas sebab aku hanya tengok klcc and hutan simpan bukit nanas. dh bangan perubahan kat sini. tak macam dulu. lepas tu aku pergi kat titiwangsa pulak. saja jalan2. tengok orang. haha. memang best tengok orang. aku suka tengok orang.

    Okayla. setakat ni dulu. selamat berpuasa. puasa jangan tak puasa pulak.

    Tuesday, August 18, 2009

    My First Blog Post

    Hari ni aku bangun agak lambat sebab kelas pun agak lambat, pukul 11.30. alamak. ada kelas nak start kat lab ni. ok smpi sini sahaja. :(