Wednesday, September 22, 2010

Teori Penyelidik Barat Tentang Tanda KAFIR Dajjal


texe_marr
Seorang bekas Pegawai Kanan Tentera Laut Amerika, iaitu Texe Marrstelah membuat suatu kajian mengenai hadith Rasulullah SAW yang berikut;
1. Dari Annas berkata Rasulullah;
“…Ketahuilah sesungguhnya dia (Dajjal) buta sebelah sedangkan Rabb kalian tidak buta.Dan sesungguhnya diantara kedua matanya tertulis KAFIR”.
(HR.Bukhari)
2. Dalam riwayat lain disebutkan :
“…Kemudian mengejanya (Kaf , Fa , Ra) semua Muslim dapat membacanya.”
(HR.Muslim dalam shahihnya kitab Fitan (18/59-SyarhImam Nawawi)
Menurut kajian Marrs, KAFIR yang dimaksudkan Rasulullah adalah suatu simbolik dan perlu diteliti dengan mendalam. Marrs berpendapat KAFIR yang dimaksudkan adalah pertubuhan CFR yang diasaskan pada 1921 di Washington, Amerika Syarikat. Marrs juga amat yakin dengan kajiannya kerana dia juga adalah bekas pegawai kanan tentera Amerika dan telah melihat pelbagai perancangan-perancangan rahsia kerajaan Amerika.
logo pertubuhan CFR
Marrs telah membuat soal-selidik dalam webnya dengan meletakkan soalan berkenaan Dajjal ini seperti berikut:
15. In the Islamic religion the antichrist is said to be a one-eyed lying false Christ with what letters marked on his forehead?
A. D-E-V-I-L B. C.F.R. C. J-E-S-U-S D. M-O-S-E-S
Jawapannya : B
Berikut adalah keserasian huruf Kaf…Faa..Ra… dengan CFR.
Kaaf (Arab) = C (Inggeris) - dalam Inggeris konsonan “C” berbunyi seperti “K” apabila dibaca
Faa (Arab) = F (Inggeris) - vokal huruf Faa sama dengan Inggeris huruf ‘F’
Raa (Arab) = R (Inggeris) - vokal huruf ‘Raa’ sama dengan vokal Inggeris huruf ‘R’
Maka, KaFiR = CFR
Mengapa CFR dan Apakah CFR itu ?
(Gambar) Richard N. Haas, Presiden CFR, berbangsa Yahudi
CFR adalah singkatan daripada Council on Foreign Relationship yang beribu pejabat di Washington, Amerika Syarikat. Pertubuhan CFR ditubuhkan pada 1921 iaitu selepas Perang Dunia Pertama. Pertubuhan ini adalah pertubuhan NGO orang-orang Yahudi terbesar yang berselindung disebalik matlamat kebajikan masyarakat.
Apa yang menyebabkan Texe Marrs mengatakan CFR adalah tanda Dajjal (antichrist)? Marrs amat yakin dengan kajiannya kerana semua ahli-ahli CFR adalah terdiri daripada presiden-presiden Amerika sejak 1920-an hingga sekarang. Selain itu, ia juga dianggotai oleh billionaire-bllionaire berbangsa Yahudi seperti Rockefeller dan Rotschild.
Semenjak penubuhan CFR pada 1921, dilihat dasar luar Amerika mula berubah. Antaranya ialah menyokong penubuhan negara Israel, membantu perpindahan masyarakat Yahudi ke Israel, penindasan Palestin, perang dunia kedua dan sebagainya.
Hatta, PBB juga ditubuhkan oleh ahli-ahli CFR yang berjawatan penting dalam kementerian eksekutif di Amerika. Dan perkara yang paling disyaki ialah sebelum berlakunya sesuatu peperangan ahli-ahli CFR akan bermesyuarat secara sulit di hotel-hotel terkemuka milik orang-orang Yahudi.
Perkara ini dapat dilihat pada beberapa hari sebelum tercetusnya Perang Iran-Iraq, Perang Teluk 1991, Perang Afghanistan, Perang Iraq dan terbaru ialah perang menentang Iran yang sedang di rancang.
CFR disyaki sebagai bayangan kepada pertubuhan Illuminati. Untuk mengkaburi mata masyarakat, CFR berkempen mempamerkan sifat kebajikannya terhadap isu-isu antarabangsa. Perkara-perkara ini, anda boleh baca di laman web rasminya .
Di laman ini anda akan melihat bagaimana artikel-artikel politik yang mengelirukan maklumatnya. Anda juga akan melihat bagaimana terdapat 2 orang Islam yang menganggotai CFR sebagai Manager Director iaitu Fouad Ajami dan Farid Zakaria.
Kedua-duanya penyokong penuh Amerika semasa berperang dengan Iraq dan mereka juga individu yang menulis artikel-artikel menghasut orang Arab menyokong dasar luar Amerika.
Menurut Myron Fagon dalam bukunya yang bertajuk “Pawn In The Game”, matlamat akhir CFR ialah One World Government. Matlamat ini semakin tercapai apabila tertubuhnya PBB selepas perang dunia ke-2. Jika diteliti betul-betul, PBB sebenarnya dikuasai oleh Majlis Keselamatan yang dianggotai 7 negara kuasa nuklear termasuk Jepun.
Mesyuarat Majlis Keselamatan pula tidak dihadiri oleh Presiden setiap negara tetapi dihadiri oleh Menteri-Menteri Luar Negeri (Foreign Minister) untuk memutuskan sesuatu perkara. Dan yang paling membimbangkan sekarang ialah semua menteri-menteri luar negeri itu adalah ahli bagi CFR sekarang ini.
Dan amat logik sekiranya Iran tidak dibenarkan mempunyai nuklear, kerana ia akan mengimbang kuasa dunia Islam dan Barat. Iran tak mungkin diambil sebagai ahli Majlis KEselamatan kerana ia akan menganggu matlamat CFR yakni Dajjal.
Kaedah akhir CFR melalui ahli-ahli Majlis Keselamatan PBB ialah, para ahli-ahli majlis akan mencadangkan kepada dunia melalui suatu persidangan tentang perlunya semua kerajaan disatukan. Tujuannya supaya tidak lagi berlaku perbalahan antara dunia barat dan dunia Islam. Jika cadangan ini benar-benar muncul, agak anda siapakah yang akan dilantik menjadi Presiden Besar mengetuai semua kerajaan-kerajaan dunia nanti ?
Sejauh Mana Penguasaan CFR terhadap Negara Dunia?
Untuk menguasai dunia, CFR harus mempunyai ahli-ahli dikalangan negara Islam untuk membantu mencapai matlamat One World Government yang dibentuk pada 1784 di Perancis. Caranya ialah menubuhkan suatu lagi NGO yang dianggotai hanya oleh menteri-menteri dan billionaire-billionaire. Pertubuhan itu ialah Trilateral Commission.
Ahli-ahli TC adalah terhad dan tidak boleh dianggotai oleh semua orang. Ianya diasaskan oleh orang yang sama iaitu David Rockefeller 1973. Anggota TC meliputi semua korporat seluruh dunia, antaranya ialah Presiden Bank Dunia, Presiden Toyota, Presiden Panasonic, Presiden Fuji Xerox, bekas Penasihat Politik Presiden Indonesia (mungkin sebelum Bambang Susilo dan termasuk 2 orang Tan Sri dari Malaysia berstatus billionaire.
(Kiri) Yotaro Kobayashi, Presiden Fuji Xerox, (Kanan) Shiguro Ogata, Gabenor Bank Jepun
Pendedahan Maklumat Sulit CFR dan Trilateral Commission
Masyarakat barat dikurniakan Allah sifat suka mengkaji dan menyelidik, dan sekarang ini terdapat beratus-ratus laman web yang mendedahkan gerakan sulit tajaan Dajjal iaitu CFR, Trilateral, Bilderberg, Skull and Bones, New World Order, Illuminati dan sebagainya.
Salah seorang rakyat Amerika yang terkenal Alex Jones (pengarah filem) mendedahkan banyak maklumat tentang gerakan Yahudi di Amerika. Pendedahannya di luar batasan yang dibenarkan sehingga ia ditahan oleh pihak berkuasa Amerika.
Kesimpulannya, adakah pertubuhan-pertubuhan ini ditubuhkan secara kebetulan? mengapa setiap pengasas pertubuhan ini adalah dari keluarga yang sama iaitu cucu-cicit Rotschild dan Rockefeller? Jika anda peminat setia buku Muhammad Isa Dawud, anda pasti jumpa jawapannya dalam bukunya yang bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda”.
wallahu’alam…

Rahsia Hari dan Bulan Masyarakat Barat






helius
Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.
Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala.
Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu “Penjajahan” dan “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”.
Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin meletakkan sekali lagi dalam Blog D’ ini sebagai peringatan sekelian mukmin.
Pengertian Bulan-Bulan Masehi
  • 1. Januari - berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
  • 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
  • 3. Mac - berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
  • 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
  • 5. Mei - berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.
  • 6. Jun - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.
  • 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
  • 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
  • 9. September - berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
  • 10. Oktober - berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
  • 11. November - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
  • 12. Disember - berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.
Nama Asal Hari-Hari Masehi
  • 1. Sunday - berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari.
  • 2. Monday - berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.
  • 3. Tuesday - berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.
  • 4. Wednesday - berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.
  • 5. Thursday berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.
  • 6. Friday - berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.
  • 7. Saturday - berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.
Mengapa Bahasa Orang Romawi dijadikan Rujukan Utama.
Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain.
Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.
Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.
Misalnya disiplin ilmu ‘Psikologi’ yang sekarang banyak diajar di universiti-universiti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.
Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk “Opinions of the Citizens of Uthopia“. Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :
  • - Ibnu Sina (meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk “The Moods of Psyche” dan “Hints and Notices”.
  • - Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu ‘Ihya Ulumuddin’. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.
Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama ‘Psikologi‘, yang berasal dari perkataan ‘Psychos‘ (Jiwa) dan ‘Logos‘ (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat.
Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia (jika penulis tidak silap) telah hadir.
Wallahu’alam.

Rahsia Simbol PEACE




peace_sign01001
Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).



Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).
Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)
peace_sign01006
Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.